AZFA HANANI
Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya
Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Terdapat beberapa latar masyarakat yang dipaparkan
oleh penulis di dalam novel ini.
Latar
masyarakat yang pertama ialah masyarakat
yang berhati mulia kerana sanggup berkorban untuk membantu orang lain. Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata
untuk mengubati penyakit sepupunya. Hal ini demikian kerana, Tengku Mazran telah berjanji untuk membiayai kos perubatan Zuraini di Indonesia jika Azfa Hanani menerima tawarannya untuk menyamar sebagai Tengku Murni.
Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat elit yang bongkak dan sombong
kerana statusnya. Contohnya, Tengku Datuk Makmur yang memandang hina
terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin. Beliau telah melemparkan wang RM500.00 kepada Azfa Hanani kerana menganggap Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana wang.
Latar masyarakat yang ketiga ialah masyarakat yang
berpegang pada janji. Contohnya,
Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan
rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke
Indonesia. Hal ini demikian kerana, dia telah berjanji dengan Azfa Hanani untuk membantu membiayai kos perubatan Zuraini.
KEMBARA AMIRA
Berdasarkan novel Kembara Amira yang saya
kaji terdapat beberapa latar masyarakat . Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang berpendidikan tinggi dan komited terhadap kerjayanya.
Contohnya, Profesor Zaidah yang rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan
cari gali artifak walaupun cuba diganggu oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang saling membantu.
Contohnya, Amira dan penduduk di situ membantu mengesan Malique yang hilang di
dalam hutan.
Latar masyarakat yang ketiga ialah masyarakat yang mempertahankan corak
kehidupan nenek moyang. Contohnya, masyarakat orang Asli daripada suku
Semai yang tinggal di Bukit Mat Raya mempertahankan masyarakat mereka.
16 ulasan:
terima kasih cikgu, nota cikgu sangat membantu saya. . <3
Tqvm
tq teacher =)
Terima kasih cikgu...jasamu akanku kenang
THANKS CIKGU...nota ini dpt membantu saya dlm pelajaran bahasa melayu
tq cikgu
terima kasih cikgu .
Terima kasih Cikgu :3 . Ulasan yang sungguh baik tetapi beberapa huraian dalam latar masyarakat kurang sedikit je... :3
Terima kasih cikgu nota anda banyak membantu kami.
terima kasih cikgu,,,nota yg sngat brguna
Tqvm
tq
Terima kasih cikgu,
terima kasih cikgu
Well its ...helpful..but I prefer u to have more example on that particular values
Terima kasih cikgu.....
Nota cikgu amat membantu saya...
Catat Ulasan