Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis
Azhan Mohd. Hanafiah. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menyedihkan.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Pak Long Madi tidak mampu membeli pakaian sekolah yang
baru untuk Azfa Hanani. Kemiskinan Pak Long menyebabkan Azfa Hanani
memakai pakaian sekolah yang lama.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Azfa Hanani
menolak jawatan pengawas kerana tidak mampu membeli pakaian pengawas
sekolah. Azfa Hanani tidak mahu menyusahkan Pak Longnya untuk membeli pakaian
pengawas yang mahal harganya kerana kemiskinan Pak Long dan terpaksa pula
menanggung kos rawatan anaknya, Zuraini yang lumpuh.
Peristiwa yang ketiga ialah peristiwa kemalangan jalan
raya 16 tahun yang lalu yang menyebabkan kematian ibu bapa Azfa Hanani akibat
kecuaian Tengku Makmur. Azfa Hanani tercampak keluar melalui tingkap teksi
dan ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian. Datin Maziah yang berasa
kasihan melihat Azfa Hanani yang masih bayi dan sedang menangis lalu
menyusukannya di tempat kejadian.
Peristiwa yang keempat ialah peristiwa ketika Azfa
Hanani makan makanan yang sedap di rumah Datin Maziah lalu teringat akan
keluarga Pak Longnya yang tidak pernah merasai makanan sedemikian. Ketika
Azfa Hanani makan tengah hari di rumah Datin Maziah, dia terpandang ayam
goreng. Hatinya sayu kerana teringat akan sepupunya di kampung yang
sekali-sekala sahaja dapat menikmati ayam goreng.
Peristiwa yang kelima ialah peristiwa Azfa Hanani dihalau oleh Datin Maziah apabila rahsia
penyamarannya terbongkar. Semasa
Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar, Datin Maziah telah mendengar
pertengkaran tersebut dan mengetahui penyamaran Azfa Hanani. Datin Maziah telah
menampar Azfa Hanani dan memaksanya menunjukkan bukti bahawa dia ialah Tengku
Murni. Datin Maziah menghalau Azfa Hanani apabila dia tidak dapat membuktikan
dirinya ialah Tengku Murni.
Berdasarkan novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir,
peristiwa yang menyedihkan dipaparkan olah pengarang melalui peristiwa
pesawat Cesna terhempas dan menyebabkan
kematian ibu bapa Samantha. Apabila Pesawat Cesna terhempas dan terjunam
di perkampungan orang asli suku Semai, api merebak di bahagian enjin. Ibu bapa
Samantha, Ridley dan Brenda tersepit. Badan mereka berlumuran darah, sementara
Samantha tercampak semasa pesawat itu meletup. Ludin dan Tau menangis kerana
belum pernah melihat api yang sebegitu besar.
Peristiwa yang menyedihkan seterusnya ialah peristiwa masyarakat orang asli
memulaukan atau meminggirkan kehadiran Samantha dalam kalangan mereka. Jidin
membawa pulang seorang kanak-kanak berambut merah dan bermata biru. Kehadiran
Samantha dianggap pelik. Penduduk hutan menolak kehadiran Samantha atau Ipah
kerana dianggap menghilangkan semangat hutan. Ada cadangan daripada penduduk
orang asli di situ supaya Ludin menyerahkan Ipah ke hutan semula. Ludin terpaksa
berhadapan dengan cabaran besar untuk mempertahankan tindakannya.
Peristiwa yang
seterusnya ialah peristiwa Amira
bersedih apabila Jacinta hilang di hutan kerana ingin mencarinya yang terjatuh
dari Air Terjun Angin lalu dihanyutkan oleh arus sungai. Amira rasa
bersalah apabila mengetahui Jacinta hilang dan pengsan di hutan kerana ingin
mencarinya yang dihanyutkan oleh arus deras setelah jatuh dari Air Terjun
Angin.
2 ulasan:
ada dak peristiwa penting kembara amira dalam bab 3?
nak 3 peristiwa yang memaparkan persoalan kasih sayang dalam azfa hanani.
Catat Ulasan