Selasa, Oktober 30, 2012

Novel Azfa Hanani & Kembara Amira: Peristiwa menarik

Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan peristiwa yang menarik dalam sebuah novel yang anda pelajari.


Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.
Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa Azfa Hanani ditawarkan oleh Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak perlu risau lagi memikirkan kepayahannya  untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa yang sama Abang Mazran berjanji untuk membantu mengubati Zuraini, anak pak longnya yang lumpuh. 
Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa Datin Maziah menghalau Azfa Hanani dari rumahnya selepas identiti sebenarnya terbongkar. Peristiwa ini menarik kerana telah dapat membongkar rahsia tentang Datuk Tengku Makmur  yang bertanggungjawab menyebabkan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani meninggal dunia dalam kemalangan.
Peristiwa menarik yang seterusnya ialah, peristiwa Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk membonceng motosikal berkuasa tingginya. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang  gadis yang tahu menjaga   maruah dirinya, tambahan pula dia tidak mengenali Iskandar.   
Peristiwa menarik yang lain ialah, peristiwa Azfa Hanani bertengkar dengan Abang Muzaffar yang melarangnya  berkawan dengan Ekran. Peristiwa ini menarik kerana tanpa memikirkan kedudukan Tengku Muzaffar, Azfa Hanani berani bertengkar dengannya semata- mata ingin menegakkan kebenaran.    
Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Azfa Hanani membaca diari Tengku Murni kerana ingin mencari nama yang telah terpadam yang mempunyai hubungan dengan Tengku Murni. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebijaksanaan Azfa Hanani merungkai misteri orang yang menghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.

          Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.
Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa Amira tergelincir di Air Terjun Angin lalu hanyut dibawa arus sungai yang deras dan diselamatkan oleh Itai. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebaikan  orang asli suku Semai  menyelamatkan seorang gadis seperti Amira.
Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa Itai mengetahui Tau bapanya. Peristiwa ini menarik kerana  Itai menganggap Tau bapa saudaranya tetapi sebenarnya Tau ialah bapa kandungnya sendiri.
Peristiwa menarik yang seterusnya ialah peristiwa Amira memberi seketul emas kepada Jacinta. Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat setia kawan Amira yang ingin menggembirakan sahabatnya.        
Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Amira menemukan mobile disk di lantai gua. Peristiwa ini menarik kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan   penemuan mobile disk ini dapat membantu memberitahu mereka di mana Malique berada.  

8 ulasan:

  1. nak peristiwa bab 9 :(

    BalasPadam
  2. masehhhhh . muahhh :* cikguu .

    BalasPadam
  3. assalamualaikmu. boleh x klau cikgu buat peristiwa kekeluargaan dlam novel kembara amira? klau bolleh. hntarlah kat email sya ni. pulunazren@yahoo.com

    BalasPadam
  4. thank you very much for ur point miss......

    BalasPadam
  5. jasamu akan ku kenang

    BalasPadam
  6. masukkan peristiwa menarik bab 9

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam