Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis
Azhan Mohd. Hanafiah. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.
Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa Azfa Hanani ditawarkan oleh Abang Mazran dan Kak Finaz untuk
menyamar sebagai Tengku Murni. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak
perlu risau lagi memikirkan kepayahannya
untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa yang sama Abang Mazran
berjanji untuk membantu mengubati Zuraini,
anak pak longnya yang lumpuh.
Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa Datin Maziah menghalau Azfa Hanani dari rumahnya selepas identiti sebenarnya
terbongkar. Peristiwa ini menarik kerana telah dapat membongkar rahsia
tentang Datuk Tengku Makmur yang
bertanggungjawab menyebabkan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani meninggal dunia
dalam kemalangan.
Peristiwa menarik yang seterusnya ialah, peristiwa Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk membonceng motosikal
berkuasa tingginya. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan
seorang gadis yang tahu menjaga
maruah dirinya, tambahan pula dia tidak mengenali Iskandar.
Peristiwa menarik yang lain ialah, peristiwa Azfa Hanani bertengkar dengan Abang Muzaffar yang melarangnya
berkawan dengan Ekran. Peristiwa ini menarik kerana tanpa memikirkan
kedudukan Tengku Muzaffar, Azfa
Hanani berani bertengkar dengannya semata- mata ingin menegakkan kebenaran.
Peristiwa menarik yang
lain ialah peristiwa Azfa Hanani membaca
diari Tengku Murni kerana ingin mencari nama yang telah terpadam yang mempunyai
hubungan dengan Tengku Murni. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan
kebijaksanaan Azfa Hanani merungkai misteri orang yang menghalang hubungan
Ekran dengan Tengku Murni.
Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.
Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.
Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa Amira tergelincir di Air Terjun Angin lalu
hanyut dibawa arus sungai yang deras dan diselamatkan oleh Itai. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan
kebaikan orang asli suku Semai menyelamatkan seorang gadis seperti Amira.
Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa Itai mengetahui Tau bapanya. Peristiwa ini menarik kerana Itai menganggap Tau bapa saudaranya tetapi sebenarnya Tau ialah bapa kandungnya
sendiri.
Peristiwa menarik yang seterusnya ialah peristiwa Amira memberi seketul emas kepada
Jacinta. Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat
setia kawan Amira yang ingin menggembirakan sahabatnya.
Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa
Amira menemukan mobile disk di lantai
gua. Peristiwa ini menarik
kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan penemuan
mobile disk ini dapat membantu memberitahu mereka di mana
Malique berada.
8 ulasan:
nak peristiwa bab 9 :(
masehhhhh . muahhh :* cikguu .
assalamualaikmu. boleh x klau cikgu buat peristiwa kekeluargaan dlam novel kembara amira? klau bolleh. hntarlah kat email sya ni. pulunazren@yahoo.com
thank you very much for ur point miss......
masehhhh
jasamu akan ku kenang
masukkan peristiwa menarik bab 9
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Catat Ulasan