Ahad, November 04, 2012

Azfa Hanani & Kembara Amira: Latar masyarakat

Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

AZFA HANANI
Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Terdapat beberapa latar masyarakat yang dipaparkan oleh penulis di dalam novel ini.
 Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang berhati mulia kerana sanggup berkorban untuk membantu orang lain. Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata untuk mengubati penyakit sepupunya. Hal ini demikian kerana, Tengku Mazran telah berjanji untuk membiayai kos perubatan Zuraini di Indonesia jika Azfa Hanani menerima tawarannya untuk menyamar sebagai Tengku Murni.
            Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Tengku Datuk Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin. Beliau telah melemparkan wang RM500.00 kepada Azfa Hanani kerana menganggap Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana wang.
            Latar masyarakat yang ketiga ialah masyarakat yang berpegang pada janji. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia. Hal ini demikian kerana, dia telah berjanji dengan Azfa Hanani untuk membantu membiayai kos perubatan Zuraini.

KEMBARA AMIRA
            Berdasarkan novel Kembara Amira yang saya kaji terdapat beberapa latar masyarakat . Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang berpendidikan tinggi dan komited terhadap kerjayanya. Contohnya, Profesor Zaidah yang rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan cari gali artifak walaupun cuba diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 
            Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang saling membantu. Contohnya, Amira dan penduduk di situ membantu mengesan Malique yang hilang di dalam hutan.
            Latar masyarakat yang ketiga ialah masyarakat yang mempertahankan corak kehidupan nenek moyang. Contohnya, masyarakat orang Asli daripada suku Semai yang tinggal di Bukit Mat Raya mempertahankan masyarakat mereka.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cikgu, nota cikgu sangat membantu saya. . <3

shazim berkata...

Tqvm

Tanpa Nama berkata...

tq teacher =)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih cikgu...jasamu akanku kenang

Tanpa Nama berkata...

THANKS CIKGU...nota ini dpt membantu saya dlm pelajaran bahasa melayu

Unknown berkata...

tq cikgu

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cikgu .

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Cikgu :3 . Ulasan yang sungguh baik tetapi beberapa huraian dalam latar masyarakat kurang sedikit je... :3

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih cikgu nota anda banyak membantu kami.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cikgu,,,nota yg sngat brguna

Tanpa Nama berkata...

Tqvm

Tanpa Nama berkata...

tq

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu,

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cikgu

Unknown berkata...

Well its ...helpful..but I prefer u to have more example on that particular values

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu.....
Nota cikgu amat membantu saya...