Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga perwatakan watak utama dan berikan contoh peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan setiap perwatakan tersebut.
Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Watak Utama dalam novel ini ialah Nur Sukma binti Haji Shakir atau Sukma.
Perwatakan Sukma ialah dia seorang yang taat kepada ibunya. Sebagai contoh, Sukma akur dengan arahan ibunya yang melarangnya berjumpa dengan tetamu misteri yang hadir di hadapan rumah pada setiap jam 6:20 pagi.
Selain itu, Sukma juga seorang yang berani. Hal ini terbukti ketika Sukma secara berseorangan pergi ke Kelab WX2 semata-mata hendak menyiasat aktiviti yang dilakukan di kelab tersebut.
Di samping itu, Sukma juga seorang yang bijak. Hal ini jelas dilihat apabila Sukma sering dipuji oleh pensyarahnya, Profesor Darul atas kebijaksanaannya mengemukakan pendapat dalam dewan kuliah.
Di samping itu, Sukma juga seorang yang bijak. Hal ini jelas dilihat apabila Sukma sering dipuji oleh pensyarahnya, Profesor Darul atas kebijaksanaannya mengemukakan pendapat dalam dewan kuliah.
2 ulasan:
terimah kasih cikgu.saya rasa benda ini mungkin boleh membantu sy semasa periksa ..
Sangat Bermanfaat !
Catat Ulasan