Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, huraikan kritikan sosial /
kepincangan masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut. (8 markah)
kepincangan masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut. (8 markah)
AZFA HANANI
|
KEMBARA AMIRA
|
1. Masyarakat yang mementingkan
darjat
Tengku
Muzaffar menghalang hubungan adiknya Tengku Murni dengan Ekran kerana
menyangka Ekran berasal daripada keluarga miskin.
2. Masyarakat yang buruk sangka
Datuk
Tengku Makmur menghina Azfa Hanani dengan mengatakan Azfa Hanani hanya
bekerja menyamar sebagai Tengku Murni untuk mendapatkan upah. Beliau telah
mencampakkan wang berjumlah RM500 kepada Azfa Hanani sebagai upah.
3. Masyarakat yang terlalu mengikut
perasaan
Datin
Maziah bertindak mengikut perasaan dengan menampar Azfa Hanani dan
menghalaunya keluar dari rumah tanpa memberikan peluang kepada Azfa Hanani
untuk menjelaskan hal sebenar.
4. Masyarakat yang mementingkan diri
sendiri
Iskandar
mendesak Azfa Hanani agar menaiki motosikal bersamanya kerana dia mahu
menghantar Azfa Hanani pulang ke rumah sedangkan perbuatan itu dianggap
kurang wajar kerana berlaku pergaulan bebas.
|
1. Masyarakat ibu bapa yang terlalu
mementingkan kerja sehingga mengabaikan perasaan anak-anak.
Profesor
Zaidah terlalu memberikan perhatian kepada kerjayanya iaitu sibuk menjalankan
kerja cari gali arkeologi di Desa Karpus sehingga anaknya Amira hampir lemas
dibawa arus sungai. Sikap Profesor Zaidah ini mendapat teguran Pak Lias.
2. Masyarakat yang mudah percaya akan
kata-kata dan pujukan orang lain.
Ludin
membenarkan Johnny meneroka gua yang begitu disayangi oleh Tau. Ludin termakan
dengan kata-kata manis Johnny sehingga akhirnya Johnny membawa lari Ipah dan
Sabi.
3. Masyarakat yang tidak
bertanggungjawab terhadap keluarga.
Ipah
sanggup meninggalkan suaminya Tau dan anak kecilnya Itai kerana mengikut
Johnny setelah sekian lama tinggal bersama-sama masyarakat orang Asli.
Tindakannya itu menyebabkan Tau tinggal kesunyian dan hidup menyendiri di
dalam hutan.
4. Masyarakat yang tidak menerima
perbezaan warna kulit.
Masyarakat
orang Asli tidak menerima kehadiran Ipah dalam masyarakat mereka kerana Ipah
berkulit putih dan bermata biru sehingga menyebabkan dirinya dipulaukan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan