Sabtu, Oktober 31, 2015

Persoalan ketabahan dalam novel Azfa Hanani dan Kembara Amira

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan ketabahan watak utama
yang terdapat dalam setiap novel tersebut. (8 markah)

AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
1. Persoalan ketabahan dalam menuntut ilmu pengetahuan.
Azfa Hanani sanggup ‘mencuri’ pinjam buku rujukan  di perpustakaan untuk belajar. Dia juga sanggup berulang-alik dari rumahnya ke sekolah yang jauhnya 30 kilometer.

2. Persoalan ketabahan dalam menghadapi masalah.
Pak Long Azfa Hanani tidak mampu menanggung bayaran rawatan untuk anaknya yang lumpuh. Azfa Hanani telah bersetuju untuk menyamar sebagai Tengku Murni untuk membiayai perbelanjaan rawatan sepupunya itu.

3. Persoalan ketabahan dalam menyelamatkan individu yang mengalami tekanan jiwa.
Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai anak Datin Maziah, iaitu Tengku Murni yang telah meninggal dunia akibat kemalangan kerana wajahnya seiras dengan wajah Tengku Murni semata-mata ingin menyelamatkan Datin Maziah daripada tekanan perasaan akibat tidak dapat menerima kehilangan anaknya itu.


1. Persoalan ketabahan dalam menjalinkan  persahabatan.
Amira sanggup melayan kerenah kawan baiknya, Jacinta yang mengalami masalah dalam keluarganya. Jacinta juga teringin sangat untuk memiliki batu kuartza seperti yang dimiliki Amira.

2. Persoalan ketabahan dalam mencari gali khazanah di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya.
Walaupun banyak lubang yang telah digali, tetapi Amira tidak menjumpai apa-apa. Walaupun begitu, dia tetap meneruskan keja-kerja cari gali tersebut.

3. Persoalan ketabahan semasa menghadapi saat-saat kecemasan.
Ketika Amira menunggu Malique di Air Terjun Angin, dia telah tergelincir ke dalam sungai. Dia telah dihanyutkan oleh arus. Dalam keadaan itu, dia tetap tabah dan berusaha untuk menyelamatkan diri. Amira akhirnya diselamatkan oleh Tau dan Itai.


Tiada ulasan: