Sabtu, Oktober 31, 2015

Persoalan maruah dalam novel Azfa Hanani dan Kembara Amira

Banyak peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita mencerminkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berpandukan novel yang anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang mencerminkan persoalan maruah.

AZFA HANANI
Berdasarkan novel Azfa Hanani karya Halis Azhan, beberapa persoalan berhubung maruah terdapat di dalam novel ini. Antaranya ialah peristiwa yang melibatkan maruah diriContohnya, Azfa Hanani telah menolak pelawaan Iskandar yang ingin menghantarnya pulang dari kelas bahasa yang diikutinya kerana dia tidak mengenali pemuda itu. Hal ini menunjukkan Azfa Hanani seorang yang bijak menjaga maruah dirinya.
Peristiwa yang seterusnya ialah apabila Datuk Tengku Makmur menghina dan tidak dapat menerima Azfa Hanani di dalam keluarganya kerana Azfa Hanani berasal daripada keluarga miskin. Hal ini merupakan suatu penghinaan terhadap maruah golongan miskin yang dihina.
Selain itu persoalan mengenai kesukaran menerima saingan. Sebagai contoh, Laili, Fauziana dan Shafiqah tidak dapat menerima kehadiran Azfa Hanani yang mempunyai banyak kebolehan berbanding dengan mereka. Mereka berasakan kehadiran Azfa Hanani telah menggugat maruah mereka dalam kalangan pelajar lain.
Di samping itu, tercabarnya maruah golongan elit. Sebagai contoh, Tengku Muzaffar berasa tercabar dengan tindakan Azfa Hanani yang dapat membongkar rahsia mengenai hubungan Ekran dengan Tengku Murni dan dirinya sebagai penghalang hubungan mereka.

KEMBARA AMIRA
Berdasarkan novel Kembara Amira karya Amer Hamzah persoalan maruah ditunjukkan melalui peristiwa yang melibatkan maruah diri. Contohnya, Tau mengambil keputusan untuk tinggal di hutan kerana kecewa akan tindakan isterinya, iaitu Ipah yang telah melarikan diri bersama dengan anak sulungnya, Sabi kerana mengikut Johnny. adalah kesukaran menerima perbezaan warna kulit.

Selain itu, peristiwa yang melibatkan maruah masyarakat dan kampung. Contohnya, Tau sanggup menyamar sebagai “makhluk berbulu” yang berada di hutan Bukit Mat Raya dan di puncak Gunung Gua Gajah semata-mata untuk mempertahankan masyarakat dan kampungnya daripada diceroboh oleh pihak luar. Di samping itu, terpaksa menghadapi cabaran daripada saingan lain. 

Tiada ulasan: