Cerita dalam novel
menggambarkan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan novel
yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang menggambarkan kepincangan dalam
masyarakat.
AZFA
HANANI
Novel
Azfa Hanani memaparkan kisah pengorbanan seorang gadis remaja untuk
menyelamatkan seorang ibu yang mengalami tekanan jiwa akibat kematian anak
perempuannya. Novel ini turut menggambarkan kepincangan dalam masyarakat
melalui beberapa peristiwa yang dipaparkan.
Peristiwa
yang pertama ialah gambaran masyarakat
yang sombong dan bongkak dengan
kekayaan yang dimiliki. Gambaran ini dapat diperhatikan melalui
watak keluarga Datuk Tengku Makmur. Dia sendiri telah telah beranggapan bahawa
Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni untuk mendapatkan upah. Dia marah
apabila Azfa Hanani menanggilnya papa. Dia memberikan wang upah kepada Azfa
Hanani sebanyak RM 500.
Peristiwa
yang kedua ialah gambaran masyarakat
yang bersifat khianat. Hal ini
dapat dilihat melalui watak Tengku Muzaffar yang sanggup menghina Ekran dan
memutuskan hubungannya dengan Tengku Murni sehingga menyebabkan Tengku Murni
kecewa lalu terlibat dalam kemalangan jalan raya.:Tengku
Muzaffar turut menghalang Azfa Hanani berkawan dengan Ekran dengan membakar
gerai burger Ekran.
Peristiwa
yang ketiga ialah gambaran masyarakat
yang tidak dapat menerima qada’ dan
qadar Allah. Hal ini digambarkan melalui watak Datin Maziah yang mengalami
kemurungan setelah kematian anak perempuan tunggalnya, Tengku Murni. Dia
seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan tersebut.
KEMBARA
AMIRA
Novel Kembara Amira
memaparkan kisah pengembaraan seorang remaja perempuan dalam memanfaatkan waktu
cuti sekolah. Novel ini turut menggambarkan kepincangan dalam masyarakat
melalui beberapa peristiwa yang dipaparkan.
Peristiwa yang pertama ialah gambaran masyarakat yang tamak akan kekayaan. Gambaran ini dapat diperhatikan melalui watak John O’Hara dan pencuri emas sanggup mengorbankan khazanah hutan demi kekayaan melalui projek cari gali emas.
Peristiwa yang pertama ialah gambaran masyarakat yang tamak akan kekayaan. Gambaran ini dapat diperhatikan melalui watak John O’Hara dan pencuri emas sanggup mengorbankan khazanah hutan demi kekayaan melalui projek cari gali emas.
Peristiwa yang kedua ialah
gambaran sikap masyarakat yang tidak
menerima perbezaan warna kulit. Buktinya, orang Asli tidak menerima Ipah
dalam masyarakatnya kerana Ipah berkulit putih dan bermata biru sehingga
menyebabkan dirinya dipulaukan.
Peristiwa yang ketiga
adalah tentang sikap seorang anak yang
tidak dapat menerima hakikat kehadiran ibu tiri. Jacinta tidak dapat
menerima kenyataan yang ayahnya kahwin semula telah mengambil tindakan untuk
menjauhkan diri daripada ayahnya dan tidak mahu pulang ke kampung pada cuti
semester.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan