Sabtu, Oktober 31, 2015

Peristiwa-peristiwa penting dalam novel Azfa Hanani


PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
NOVEL AZFA HANANI
Peristiwa 1
Azfa Hanani membantu menyelesaikan masalah Tengku Elina dengan menerima tawaran untuk menjadi Pengacara Forum Remaja kerana Tengku Elina ada tugas lain.
Nilai
Setia kawan
Persoalan
Persoalan semangat setiakawan
Pengajaran
Kita hendaklah mempunyai semangat setiakawan
Perwatakan
Setia kepada kawan
Latar masyarakat
Masyarakat yang setia kawan
Latar masa
Semasa pertandingan Forum Remaja diadakan - pagi
Latar tempat
Di sekolah
Peristiwa 2
Azfa Hanani berani menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni walaupun dia langsung tidak mengenali Tengku Murni.
Nilai
Keberanian
Persoalan
Persoalan berani menghadapi risiko
Pengajaran
Kita mestilah berani untuk melakukan sesuatu perkara
Perwatakan
Berani
Latar masyarakat
Masyarakat yang berani
Latar masa
Sepanjang masa Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni
Latar tempat
Di banglo Datuk Tengku Makmur
Peristiwa 3
Datin Maziah terlalu menyayangi Tengku Murni / Azfa Hanani dan tidak membenarkan anaknya menaiki bas ke sekolah kerana bimbang akan keselamatan anaknya sebaliknya dihantar setiap hari oleh Kak Finaz. 
Nilai
Kasih sayang
Persoalan
Persoalan kasih sayang antara ibu dengan anak
Pengajaran
Kita mestilah menyayangi keluarga kita
Perwatakan
Penyayang
Latar masyarakat
Masyarakat penyayang
Latar masa
Pagi
Latar tempat
Banglo Datuk Tengku Makmur
Peristiwa 4
Azfa Hanani tidak kekok untuk bercampur dengan pelajar-pelajar di sekolah barunya.
Nilai
Kebijaksanaan
Persoalan
Persoalan kebijaksanaan menyesuaikan diri
Pengajaran
Kita mestilah bijak menyesuaikan diri
Perwatakan
Bijak
Latar masyarakat
Masyarakat yang bijak
Latar masa
Sesi persekolahan
Latar tempat
Sekolah Menengah Taman Sari


Peristiwa 5
Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang dengan tujuan mencari duit poket.
Nilai
Kerajinan
Persoalan
Persoalan kerajinan dalam mencari rezeki
Pengajaran
Kita mestilah rajin bekerja untuk menambahkan pendapatan
Perwatakan
Rajin
Latar masyarakat
Masyarakat yang rajin
Latar masa
Petang
Latar tempat
Di hadapan rumah Ekran
Peristiwa 6
Selepas dihalau oleh Datin Maziah, Azfa Hanani bersedia untuk kembali semula ke pangkuan keluarga Datin Maziah
Nilai
Ketabahan
Persoalan
Persoalan ketabahan menjalani kehidupan
Pengajaran
Kita mestilah tabah dalam menempuh ujian hidup
Perwatakan
Tabah
Latar masyarakat
Masyarakat yang tabah
Latar masa
Petang
Latar tempat
Rumah Pak long Madi
Peristiwa 7
Azfa Hanani rajin bersembahyang dan selalunya setiap malam Jumaat dia akan membaca Quran untuk disedekahkan kepada arwah ayah dan ibunya.
Nilai
Ketaatan
Persoalan
Persoalan ketaatan menjalankan perintah agama
Pengajaran
Kita mestilah taat pada perintah agama
Perwatakan
Taat
Latar masyarakat
Masyarakat yang taat perintah agama
Latar masa
Malam
Latar tempat
Banglo Datuk Tengku Makmur
Peristiwa 8
Azfa Hanani dan rakan-rakan bekerjasama untuk menjayakan Malam Sumbangsih.
Nilai
Bekerjasama
Persoalan
Persoalan bekerjasama melaksanakan sesuatu tugasan
Pengajaran
Kita mestilah bekerjasama untuk melaksanakan sesuatu tugas
Perwatakan
Sikap bekerjasama
Latar masyarakat
Masyarakat yang bekerjasama
Latar masa
Malam
Latar tempat
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sari
Peristiwa 9
Azfa Hanani melaksanakan tugas sebagai pengerusi Hari Sumbangsih yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan cemerlang.
Nilai
Bertanggungjawab
Persoalan
Persoalan bertanggungjawab terhadap tugas
Pengajaran
Kita mestilah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
Perwatakan
Sikap bertanggungjawab
Latar masyarakat
Masyarakat yang bertanggungjawab
Latar masa
Malam
Latar tempat
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sari
Peristiwa 10
Kak Finaz membantu Azfa Hanani sepanjang masa dia tinggal di rumah banglo Datin Maziah.
Nilai
Baik hati
Persoalan
Persoalan baik hati terhadap orang lain
Pengajaran
Kita mestilah baik hati terhadap orang lain
Perwatakan
Seorang yang baik hati
Latar masyarakat
Masyarakat yang baik hati
Latar masa
Sepanjang masa di rumah Datin Maziah
Latar tempat
Banglo Datin Maziah




Tiada ulasan: