Sabtu, Januari 29, 2011

Novel Kembara Amira

Pencarian emas oleh John O'Hara dan penerokaan khazanah sejarah di Desa Karpus bagaikan sebuah pementasan yang menemukan susur leluhur Tau. Pencarian yang mengheret Malique mengidentifikasi sejarah diri. Sejarah yang terlipat kemas dalam kalangan masyarakat rimba. Di tapak yang sama, Amira menghabiskan cuti persekolahannya, menyertai ibunya Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia. Pertemuan Malique dan Amira merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.
KEMBARA AMIRA
Bab 1: Amira Amir dan rakannya, Jacinta menghabiskan cuti mereka dengan menyertai ibu Amira, iaitu Profesor Zaidah yang sedang menjalankan kajian arkeologi bersama-sama dengan pelajar tahun akhir di Bukit Mat Raya. Mereka ke sana dengan menaiki kereta api. Di dalam kereta api itu, Amira terpandang seorang pemuda berkulit agak gelap dan seorang tua yang berkulit putih. Dalam perjalanan, Amira membuka e-mel dan mengemaskinikan laman web ibunya supaya maklumat yang diperoleh ibunya itu dapat dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan ibunya di luar negara. Di dalam kereta api yang sama, Malique meluahkan rasa terkilannya kerana terpaksa mengikut kehendak ibunya agar mengikut lelaki tua yang dikenali dengan nama John O'Hara. Hatinya tertanya-tanya akan hubungan ibunya dengan O'Hara, tetapi mulutnya seakan-akan terkunci. Hari ini merupakan kali pertama dia meninggalkan ibunya. Di dalam hutan di Bukit Mat Raya, Profesor Zaidah meneruskan kajiannya. Sudah hampir 25 tahun dia mengamalkan disiplin ilmu tersebut. Hujan turun menyebabkan tali khemah terputus. Dr. Zawawi menyimpulkan bahawa tali tersebut putus akibat perbuatan khianat. Sebanyak 12 tapak cari gali telah diusahakan dan setiap tapak diuruskan oleh tiga orang pelajar. Profesor Zaidah menyembunyikan daripada pelajarnya tentang masalah yang bakal berlaku.
Bab 2: Amira dan Jacinta tiba di Stesen Dahan Hijau dan menanti ketibaan Pak Lias untuk membawa mereka ke tapak cari gali. Setelah lama menanti, akhirnya Pak Lias tiba. Amira dan Jacinta bersarapan nasi goreng yang disediakan oleh Pak Lias. Ketika kereta bergerak, sebuah kenderaan pacuan empat roda memotong mereka. Amira ternampak lelaki yang dilihatnya dalam kereta api tadi. Hatinya tertanya-tanya tujuan lelaki itu. Pemuda tersebut, iaitu Malique juga tertanya-tanya tentang Amira, gadis yang dilihatnya menggunakan komputer riba di dalam kereta api. Roslan, pemandu kenderaan tersebut memberitahu tentang pemandu kereta yang membawa Amira. John O'Hara menganggap pelajar-pelajar universiti yang sedang menjalankan kajian arkeologi telah mengganggu rancangan yang telah diaturnya. Roslan menafikan mereka mengganggu kerana Profesor Zaidah dan anak buahnya melakukan kajian di sebelah matahari naik, sedangkan mereka di sebelah matahari jatuh. Seterusnya, Roslan berhati-hati ketika mendaki Bukit Kerengga yang curam.
Bab 3: Malam itu, di Desa Karpus, Amira dan Jacinta berbaring di dalam khemah untuk menghilangkan keletihan. Suasana sunyi, hanya kedengaran bunyi serangga malam. Amira menegur sikap Jacinta yang selama ini tinggal di asrama tanpa mahu pulang menemui ayahnya. Untuk kali ini, ayahnya telah membelikannya tiket ke London untuk memujuknya agar menerima ibu baharunya. Amira mengharapkan Jacinta berfikir secara mendalam akan tindakannya yang negatif terhadap ayah kandung sendiri. Perbualan mereka telah ditegur oleh Profesor Zaidah. Profeseor Zaidah mahu Amira dan Jacinta tidur awal. Dia menasihati Jacinta agar bersabar atas sikap ayah Jacinta yang berkahwin baharu. Dia akan menelefon ayah Jacinta untuk memaklumkan bahawa anaknya sedang bercuti bersama-sama dengannya yang sedang membuat kerja lapangan di dalam hutan. Setelah itu, Profesor Zaidah mengingatkan Amira dan Jacinta agar ke tapak 10 untuk kerja penyelidikan.
Bab 4: Amira ke air terjun untuk membersihkan dirinya. Amira berjumpa dengan Malique yang turut ke sana. Mereka berkenalan. Amira ingin mengetahui tujuan Malique berada di situ. Jacinta telah sampai sewaktu mereka bercakap . Malique berasa seperti hutan itu mempunyai  talian dengannya. Malique pulang ke kemnya selepas memberi alamat e-mel kepada Amira untuk berhubung. Amira dan Jacinta ke dapur untuk menjamu hidangan . Jacinta mempunyai kegemaran yang sama dengan Dr.Zawawi . Mereka bergurau sambil menikmati hidangan . Topik  perbualan berubah apabila yang mengawal khemah menceritakan terdengar bunyi tapak kaki dan terbau asap rokok keretek. Dr. Zawawi dapat menyakinkan pelajar-pelajar bahawa kawasan itu selamat dengan memberikan alasan yang rasional kepada pelajar.  Rasidi secara tiba-tiba menimbulkan persoalan mengenai penyatan Prof. Zaidah yang menyatakan bahawa kejadian tali terputus itu memang sudah dijangkakan . Profesor  memberitahu situasi sebenar dan persaingan yang mereka hadapi . Mereka mengesyaki O'Hara untuk kejadian tersebut. Amirahendak berhubung dengan Malique untuk men dapatkan cerita sebenar.

Bab 5: Amira menunggu Malique di air terjun pada keesokan hari . Jacinta telah datang mencari Amira yang sudah lama berada di situ . Mereka berdua berjalan di air terjun mengikut arus sungai  sambil berbual mengenai Malique dan O'Hara serta situasi yang dia hadapi . Amira terhuyung-hayang kerana air terlalu deras dan dia dibawa oleh arus itu . Jacinta hanya dapat melihat. Apabila Amira membuka matanya, dia terlihat dua bayangan oranag Asli, iaitu Itai seorang pemuda dan Tau pak ciknya . Pemuda itulah yang telah menyelamatkan Amira . Dia memberikan Amira sedikit ikan bakar supaya dia mendapat tenaga untuk berjalan. Mereka menunggu kedatangan Jacinta, tetapi apabila telah lama menunggu mereka bertolak ke Desa Karpus .
Bab 6: Amira rasa bersalah apabila mendapat tahu  keadaan Jacinta yang sangat lemah. Amira juga takut berjumpa dengan ibunya  yang agak marah terhadap tindakan  anaknya yang membahayakan nyawa dia dan rakannya. Dia bersama-sama Jacinta yang masih belum sedar. Pelajar -pelajar yang turut serta dalam ekspedisi mencari Jacinta telah memuji kehebatan Tau dan Itai dalam menjejak orang . Amira ke khemah ibunya. Ibunya memarahi Amira kerana membuat sesuatu yang amat berbahaya. Amira meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi  perbuatan itu sekali lagi .
Bab 7: Malique ke Pulau Pinang mengikuti O'Hara . Dia dapat merasakan perhubungan yang erat  dengan hutan itu . Dia rasa bertanggunjawab menyelamatkan hutan itu . Semasa balik dari Penang, O'Hara dan Malique bersembang untuk membuang rasa bosan . O'Hara menceritakan perjalanan hidupnya yang begitu susah. Malique cuba mencungkil rahsia hubungan ibunya dengan O'Hara . O'Hara tidak menjawab malah berdiam diri buat seketika dan telah menukar topik perbualan . Prof. Zaidah menaiki pacuan empat roda yang dipandu Pak Lias ke stesen kereta api. Mereka hendak ke sana mengambil generator. Secara tiba-tiba kenderaan yang dipandu hilang kawalan. Pak Lias cuba mengawal tetapi usahanya tidak berbuah . Mereka menghimpit ke tebing di sebelah kiri untuk menyelamatkan diri daripada terbabas ke dalam gaung di sebelah kanan .
Bab 8: Tau meluahkan kerisauannya terhadap hutan yang sedang diteroka tanpa batasan. Dia risaukan masa depan kampung halamannya . Dia bercakap dengan abangnya Ludin mengenai perkara ini. Ludin turut melahirkan  rasa simpatinya terhadap Tau yang melalui banyak keperitan dan masih berusaha menjaga hutan ini. Tau juga memulaukan dirinya daripada orang awam. Tau dengan bangganya bercakap tentang Itai yang telah berguru dengannya. Itai telah menjadi seorang yang  telah mempelajari segala ilmu perhutanan yang diwariskan kepada Tau. Itai diserahkan kepada Ludin. Jacinta telah sedar tetapi kelihatan pucat dan letih. Amira menyuruh Jc berehat dan mendapatkan Jc makanan. Itai datang melawat Jc dan dia diperkenalkan kepada Jc. Mereka memberikan penjelasan secara dalam kepada Itai mengenai projek cari gali ini dan kebaikannya dalam menyelamatkan hutan ini .
Bab 9: Amira terkejut mendapat berita kemalangan ibunya. Dr. Zawawi risau projek ini akan tergendala . Prof Zaidah hanya dapat bersyukur kerana mereka tidak terbabas ke dalam gaung. Prof meminta maaf kepada Amira kerana terlalu sibuk dengan kerjanya. Dr. Zawawi bercadang untuk menangguhkan projek ini tetapi profesor  membantah cadangan itu kerana kesuntukan masa yang mereka hadapi. Dr. Zawawi  risau akan keselamatan mereka. Rusdi ingin mengetahui rahsia di sebalik misteri waktu malam supaya penghuni Desa Karpus dapat menjalankan kerja dengan lebih bersemangat. Ayah Ludin telah datang ke sana untuk menolong Prof  mengubati lukanya .
Bab 10: Malique dan O'Hara telah tiba di stesen kereta api. Mereka menanti Roslan datang mengambil mereka. Malique teringatkan perbualannya dengan Roslan ketika dia dihantar ke stesen kereta api . Malique telah mendapat notebook untuk memulakan kerjanya . Roslan agak lewat kerana pekerja baru telah minum dan bergaduh . Ah Chin tidak menjaga pekerjanya dan pergi berburu. Roslan menyampaikan berita penghuni Desa Karpus yang heboh kerana seorang telah hanyut dan seorang lagi sesat. Malique dapat mengagak bahawa budak yang dihanyutkan arus itu ialah Amira. Malique meminta Roslan membawanya ke Desa Karpus . Tangan Prof sudah menjadi lebih baik. Itai sangat gembira dapat mengunakan komputer riba Amira. Itai ingin mencari maklumat tentang ayurvedic dan perubatan tradisional dalam ensiklopedia.
Bab 11: Tau melihat Desa Karpus dari jauh. Dia memikirkan rutinnya yang akan melawat tempat ini setiap hari tetapi kini tidak boleh lagi kerana telah dipasang lampu . Dia telah berkahwin dengan Ipah menggantikan tempat abangnya supaya Ludin dapat menjadi ketua kampung . Mereka mempunyai dua anak . Tau teringatkan masa silamnya dengan Ipah. Dia juga mengesyaki Johnny sudah kembali ke sana . Johnny telah merampas semuanya daripada dia dan meninggalkannya. Ah Chin dimarahi oleh sebab tidak menjalankan tugasnya. Roslan risau dia akan diapa-apakan oleh pekerja baru itu kerana melaporkan kepada O'Hara . Malique mengajak Roslan ke bandar selepas selesai bekerja di sini  Malique mula berfikir tentang Amira yang ingin berjumpa dengannya. Mereka  hendak ke sana pada keesokan hari untuk melawat Amira dan bertanya tujuan Amira hendak berjumpa dengannya.

Bab 12: Ikatan buluh di tangan  Profesor dibuka dan dia dapat bekerja seperti biasa. Prof. menjelaskan kepada Ludin perkara yang menyebabkan mereka lebih bersemangat . Penemuan tulang itu dapat menyelamatkan hutan itu. Itai secara tiba-tiba  bertanya kepada Jacinta adakah dia tidak bercuti bersama keluarganya ? Jc cuba mengelak daripada bercakap dengan Itai . Itai bercadang untuk menghadiahkan emas kepada Jc  supaya dapat menjadikan dia gembira dan ramah seperti biasa. Prof Zaidah pula cuba menerangkan kepada Ludin betapa berharganya tulang-tulang itu dan proses mencari gali itu serta macam mana tulang-tulang itu dapat berada di sana . Malique pula datang berjumpa dengan Amira untuk bertanya khabar. Dia sempat bersalaman dengan Prof.

Bab 13: Amira mengikut Itai untuk mengutip emas yang dikatakan Itai. Itai pula menceritakan misteri di kampungnya itu yang bagai berpenunggu. Amira meluahkan kesanggupannya untuk berhadapan dengan apa-apa sahaja untuk mendapatkan emas itu buat Jc. Itai menunjukkan dasar sungai yang dipenuhi emas itu namun Itai hanya membenarkan Amira mengambil hanya satu untuk Jacinta. Sewaktu dalam perjalanan pulang secara tiba-tiba Itai menarik tangan Amira. Wajah Itai pucat dan keadaan menjadi sunyi sepi. Mereka dapat melihat dua lembaga , seorang dengan tangannya yang terikat dan tubuh yang lain berbulu dari pinggang hingga ke leher. Lembaga itu telah memukul orang yang tangannya terikat itu selain memaki orang itu kerana tidak mengendahkan amarannya. Itai cuba melepaskan diri dari tempat itu. Dia menyentap tangan Amira dan lari ke rumah Tau . Tiba-tiba muncul satu lembaga lalu menyergah mereka. Itai telah bersedia dengan parangnya dan Amira sempat menjerit lalu rebah.
Bab 14 : Malique baru bangun tidur dan keadaan kem bagai ada sesuatu yang tidak kena. Ah Chin telah membawa Roslan masuk ke dalam hutan untuk mencari pekerja yang telah hilang. O'Hara marah kepada pekerja kerana operasi menggerudi akan menjadi lambat disebabkan perkara ini. Malique datang berjumpa dengan Amira. Amira menyatakan tujuan sebenar dia menunggu Malique dan bukannya untuk perkara lain. Mereka bercakap mengenai O'Hara dan kemungkinan hubungan dia dengan Malique. Malique pergi ke khemah O'Hara dan dia dinasihati agar tidak melibatkan diri dalam urusan mencari pekerja yang hilang. O'Hara berpuas hati dengan cara Malique menyediakan laporan itu. O'Hara cuba memujuk Malique bahawa suatu hari nanti pasti hutan ini akan musnah. O'Hara juga berjanji akan mendedahkan rahsia hubungan mereka sebelum mereka keluar dari hutan itu. Malique mengikuti Roslan ke hutan untuk mencari pekerja yang hilang. Kenderaan yang mereka naiki tersekat dalam lumpur. Roslan keluar dari kereta untuk menarik perhatian kenderaan yang di hadapan. Malique cuba menghidupkan enjin namun gagal untuk menggerakkannya. Secara tiba-tiba terasa seperti ditolak dari sebelah kanan. Apabila menoleh ke belakang, dia dapat melihat aliran lumpur bersama-sama dengan ranting kayu  dan dahan-dahan menyerbu bagai air terjun dan menolak kereta itu menuju ke gaung.
Bab 15: Amira ke perkampungan Itai kerana sudah dua hari dia tidak datang ke Desa Karpus. Dia berjanji pada dirinya yang dia tidak akan membocorkan rahsia itu. Dia juga berasa Itai nampak sesuatu yang dia tidak nampak apabila matanya ditutup. Tau yang telah datang menolong mereka bagaikan menyembunyikan sesuatu. Tau bagaikan tidak mengetahui apa-apa dan bertanyakan apa yang terjadi sehinggakan mereka berlari begitu. Apabila Ludin datang ke Desa Karpus, dia disambut dengan pertanyaan: Dimanakah Itai ?  Ludin pula hendak bercakap secara berseorangan dengan Amira. Apabila Amira sampai ke perkampungan, dia disambut baik oleh isteri Ludin dan Tau. Itai terbaring bagai tidak bermaya di atas katil . Amira tidak lagi dapat menyembunyikan apa yang mereka ambil,  Amira dibawa masuk ke dalam bilik dan mereka bercakap . Ludin cuba membela Amira dan Itai. Tau juga mempertahankan keputusan Itai. Jc dapat mendengar suatu suara yang mempertikaikan tindakan Itai dan Mira yang mungkin menggadai perkampungan ini. Amira lebih rela menghampakan Jc daripada menyebabkan masalah dalam perkampungan itu. Tau tidak dibenarkan bersuara kerana dia sudah membuang haknya . Jc meminjamkan komputer riba yang dibawanya kepada Itai yang bosan berkurung dalam bilik itu .
Bab 16: Kawasan khemah agak lembab disebabkan hujan dan kerja  cari gali  terbatas.  Semua orang kembali bekerja apabila matahari mula terik. Amira memanggil Jc dan memberitahu ada sesuatu di situ. Mereka tidak sabar mahu melihat penemuan itu. Amira memanggil ibunya untuk menolong mereka dan memberi tunjuk ajar. Rusdi disuruh untuk mengambil alih tempat itu disebabklan dia lebih berpengalaman. Penemuan ini merupakan yang paling sempurna setakat ini, iaitu sebuah tembikar. Amira bangga dengan penemuannya namun berasa penemuan tulang karpus merupakan lebih penting dan bermakna. Itai dan Tau datang ke Desa Karpus. Tau hendak berjumpa dengan professor. Tau menyatakan keputusannya untuk membantu penghuni Desa Karpus demi menyelamatkan hutan itu.  Prof bertanyakan cara Tau hendak menolong mereka. Tau mengaku dialah yang menjaga kawasan itu setiap malam. Tau ingin menunjukkan sesuatu kepada mereka.  Dr. Zawawi, Rusdi, Jc dan Amira akan mengikuti Tau. Pak Lias datang bersama Roslan yang membawa berita kehilangan Malique yang terjatuh ke dalam gaung. Roslan datang meminta tolong Itai dan Tau yang mencari Jc dan Amira. Amira berjanji akan membantu mereka selepas mereka kembali dari ekspedisi ini.
Bab 17: Malique tidak berdaya untuk bergerak, kaki kanannya dibaluti dengan buluh. Dia tidak tahu siapa yang mengubatinya dan memberikan dia makanan. Malique menyambung untuk menyediakan laporan dan dia juga teringat akan kawannya Roslan. Dia teringat akan ibunya di Melaka dan cerita ibunya mengenai ayahnya yang meninggal awal. Baru-baru ini dia bermimpikan suatu haiwan cuba mencederakannya tetapi sebuah lembaga datang membantunya. Dia hanya dapat menunggu bantuan dari luar datang mencarinya .
Bab18: Mereka akhirnya sampai ke pergunungan batu kapur itu . Jc meminta pertolongan Tau untuk mencari Malique. Itai tetap dengan pendiriannya untuk melihat apa yang Tau hendak tunjukkan. Tau memperkenalkan Gunung Gua Gajah itu. Mereka mengikuti Tau untuk masuk ke dalam gua itu. Mereka menjadikan tumbuhan renek dan akar-akarnya  sebagai tangga.  Gua ini hanya didatangi  orang asli untuk mengambil najis kelawar. Terdapat lukisan menggunakan arang pada dinding gua tersebut . Mereka mencari bukti lain selain daripada coretan itu. Dr. Zawawi mengambil video.  Amira terlihat sesuatu yang bersinar dan mendapatkannya iaitu mobile disk . Rusdi berjaga menjumpai kapak batu zaman neolitik. Tau menanti mereka di bawah dengan madu lebah.
Bab 19: Penemuan itu telah menggembirakan penghuni Desa Karpus. Amira memanggil Jc dan Itai ke khemah mereka. Amira menunjukan mobile disk yang dijumpainya. Malique selalu menggantung disk itu di lehernya. Amira harap disk itu oleh digunakan dan dapat membantu mereka mencari Malique. Disk itu dilindungi password. Itai tidak berhenti mencuba membuka disk itu. Mereka akhirnya mencuba perkataan aurum, iaitu nama saintifik emas dan berjaya membuka disk itu. Terdapat beberapa laporan dalam disk itu.
Bab 20: O'Hara tidak pasti apa yang harus dibuatnya dan bagaimana hendak menjawab kepada Jennifer. Jennifer dalam perjalanan datang ke Desa Karpus. O'Hara teringat akan perjanjian yang dibuatnya dengan Jennifer untuk menjaga Malique. Jennifer telah datang dan dia diperkenalkan kepada pekerja-pekerja kem. Jennifer cuba menenangkan dirinya. Amira masih tidak dapat berbuat apa-apa selagi dia tidak menyelamatkan Malique dan berharap Tau akan membantu mereka. Tau bermimpikan kehidupannya dengan Ipah dan Sabi. Apabila terjaga dia terus ke pondok kecil itu. Malique terkejut  apabila melihat makhluk berbulu lebat itu. Makhluk itu cuba meyakinkannya bahawa dia merupakan ayah Malique. Parut di rusuknya itu menjadi bukti.
Bab 21: Pak Cik Roslan dan Pak Lias turut menyertai mereka untuk mencari  Malique dengan diketuai oleh Itai. Mereka gembira kerana ada yang sudi memberikan bantuan kepada mereka. Roslan menawarkan dirinya untuk berpatah balik dan membawakan lampu suluh serta tali. Setelah sampai di kaki  bukit, mereka berehat dahulu. Roslan sampai ke kaki bukit dengan keretanya membawa O'Hara dan ibu Malique bersama-sama. Jacinta, O'Hara dan Jennifer (ibu Malique) menunggu di kaki bukit sementara  yang lain naik ke gua itu. Makhluk berbulu itu berharap Malique tidak akan tertidur dan tidak  terjaga sehingga manusia yang berada di kaki bukit itu pulang. Lembaga itu bagaikan mengenali ibu Malique namun tidak dapat mengingatkan kembali secara terperinci . Jennifer cuba mengelak soalan Jc  mengenai hubungannya dengan hutan itu .
Bab 22: Ridley yang dalam perjalanan pulang ke Australia tidak dapat meneruskan perjalanan dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan. Sayap pesawat itu telah patah merempuh pokok-pokok dan terbenam ke dalam tanah. Api merebak di bahagian enjin. Samantha dicampak melalui tingkap sejerus kemudian kapal itu telah meletup. Jidin sedang berburu seberapa banyak yang mungkin. Jidin teringat akan kata-kata moyang yang semua pokok mempunyai semangat dan haknya yang tersendiri. Ludin dan Tau mengikuti langkah ayahnya. Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan dan apabila sampai di kawasan kejadian satu bayi yang bermata biru kelihatan . Penduduk kampung itu menolak kehadiran Samantha.
Bab 23: Mereka telah mula mencari dalam gua namun tidak mendapat sebarang petunjuk. Kesan tapak kaki mereka pun tidak terusik daripada mereka datang. Itai telah menceritakan kisah hidupnya yang kehilangan abangnya. Keinginannya untuk berjumpa dengan abangnya masih tidak berubah walaupun sudah lama. Itai menjumpai kesan tapak kaki manusia dan memanggil semua untuk datang melihat dengan nada yangkuat.  Semua kelawar takut dan mula berterbangan dan kejadian itu telah melahirkan rasa bimbang terhadap mereka yang berada di dalam gua. Jc ingin naik ke atas bagi melihat situasi di atas namun dia dihalang daripada pergi ke atas kerana akan menyusahkan mereka yang di atas dan menyesakkan. Kesan tapak kaki itu menunjukkan ke arah aliran air itu . Mereka masuk ke dalam lubang itu  dan mendapati lubang itu agak besar. Mereka sampai ke penghujungnya di mana mereka sampai ke puncak gunung. Itai memberitahu ada orang di atas kerana kedengaran bunyi orang di atas.
Bab 24: Prof dapat merasai ketiadaan Jc dan Amira. Dia mula mencari mereka sekitar Desa Karpus. Prof dapat mengagak yang mereka pasti terlibat dengan perkara mengenai  Malique. Apabila  ditanya kepada Rusdi, dia memberitahu yang mereka ke gua itu. Prof tidak faham mengapa mereka ke situ. Barulah dia teringat akan penemuan mobile disk  kepunyaan Malique di dalam gua itu. Prof kesal dengan sikapnya yang sangat mementingkan kerjanya sehingga mengabaikan anaknya . Di puncak bukit terdapat kesan kedatangan orang  dan ianya masih baru. Itai memberikan amaran tentang sesuatu yang tidak senang dengan kehadiran mereka. Itai berjalan mengikuti tapak kaki itu. Terdapat sebuah pondok di situ. Itai dan Roslan melihat dalam pondok itu. Makhluk itu bergegas ke puncak gunung untuk memastikan Malique masih berada di situ tetapi terkejut melihat kehadiran orang di situ. Makhluk itu marah  kerana mereka berani memasuki kawasannya.  Makhluk itu  bertubuh sasa dan berotot  serta memegang parang yang panjang. Di dalam pondok itu ada satu tubuh yang lemah  terbaring. Malique  memberikan amaran kepada mereka mengenai makhluk itu. Mereka memapah Malique. Dr. Zawawi, Prof, Rusdi bertolak menuju ke gua dengan Ludin.
Bab 25: Makhluk itu tidak mahu Sabi dibawa oleh mereka. Mereka bersedia menghadapi serangan makhluk itu. Makhluk itu memanggil Malique dengan nama Sabi. Makhluk itu mula menyerang namun mereka hanya cuba mengelak kerana makhluk itu sangat kuat. Ludin dan kumpulan dari Desa Karpus telah tiba ke kaki bukit itu. Ibu Malique mengenali Ludin dan mereka berbual seketika. Ludin merupakan abang ipar Jennifer. Ludin sempat naik ke gua sebelum apa-apa yang buruk berlaku. Makhluk itu menangis kerana ada yang ingin mengambil anaknya. Topeng berbulu itu ditanggalkankan dan jelas kelihatan wajah Tau di sebaliknya. Tau turun ke bawah setelah dipujuk oleh Ludin.
Bab 26: Jc meminta penjelasan daripada Amira mengenai apa yang berlaku di atas tadi. Amira bercadang untuk membincangkan perkara ini di Desa Karpus. Jennifer bersahaja apabila berjumpa Tau dan ingin membawa Malique pulang. O'Hara telah bercakap mewakili Jennifer. Prof memulakan perbincangan dan memberikan peluang untuk O'Hara membela kebenaran bagi pihak  Jennifer. Tau telah berdiri dan meminta mereka mendengar penjelasannya dahulu. Jennifer mengakui kebenaran yang dia isteri Tau dan Malique anak mereka. Itai merupakan adik Malique. Malique ingin meluangkan masanya bersama-sama ayahnya dan adiknya. Tau meminta maaf atas apa yang telah berlaku di puncak bukit tadi .
Bab 27: Amira telah menghabiskan satu semester . Memorinya semasa di Bukit Mat Raya masih segar di mindanya. Malique telah berjanji akan menggagalkan projek mencari gali emas. Amira telah menerima e-mel daripada rakan-rakannya yang dijumpai di Bukit Mat Raya dan ibunya yang tersayang.

9 ulasan:

  1. Terima kasih Cikgu Roosezah atas Sinopsis Kembara Amira ini.

    BalasPadam
  2. senang sikit nak baca . terima kasih cikgu .

    BalasPadam
  3. wah..bestnya...terima kasih cikgu..

    BalasPadam
  4. cikgu ada kesalahan watak di dalam sinopsis ini

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam