Rabu, Januari 19, 2011
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Pahlawan Buntung
Pak Hussain dianggap sebagai pahlawan oleh penduduk kampung Pulau Pak Amat kerana keberaniannya menyelamatkan orang kampung ketika serangan tentera Jepun. sewaktu orang kampung menyelamatkan diri, Pak Hussain ditahan oleh tentera Jepun dan diminta menguburkan mayat-mayat penduduk kampung seorang diri. Keberanian Pak Hussain terserlah apabila dia menembak perompak yang mahu merompak kampungnya. Namun begitu, pada suatu hari dia terpijak bom lama menyebabkan kakinya terpaksa dipotong. Sejak itu dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat.
Pungut alias Zahara alias Yap Siew Hong
Mak Timah memikirkan nasib Pungut, iaitu anak angkatnya. Pungut ialah nama gelaran. Nama sebenarnya ialah Zahara manakala nama asalnya ialah Yap Siew Hong. Mak Timah mengambil Pungut semasa bayi kerana didesak oleh anak-anaknya, tambahan pula ibu kandung Pungut tidak menerima anaknya itu. Usia Pungut kini 24 tahun, namun dia cacat. Selain fizikalnya kecil, dia pekak, bisu dan tidak tahu melakukan apa-apa. Kini anak-anak Mak Timah sudah berumah tangga dan enggan menjaga Pungut. Mak Timah terfikir bahawa mungkin Tuhan mahu mengujinya dengan menjaga Pungut. Anaknya mencadangkan Pungut dihantar ke rumah kebajikan. Mak Timah tidak bersetuju. Dia berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia agar Pungut tidak menderita setelah kematiannya.
Idola
Sipenjaga panggung mengemas panggung setelah persembahan selesai. Dia kagum terhadap lakonan hero yang baru ditontonnya. Dia memasang impian untuk menjadi hero. Suatu petang, sipenjaga panggung bertemu dengan hero sebaik-baik sahaja latihan tamat. Sipenjaga penggung memuji kehebatan hero. Hero pula tidak suka dipuji kerana pujian dapat membuatkannya lupa diri. Hero juga menyatakan bahawa kehidupan sebenarnya tidaklah seindah kehidupan dalam lakonannya. Hero juga menasihati sipenjaga panggung supaya berpijak di bumi nyata. Akhirnya, sipenjaga panggung sedar akan hakikat hidupnya yang sebenar lalu melepaskan perasaan kecewanya dengan melemparkan kerusi-kerusi di panggung ke dinding.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan