Ahad, Mac 13, 2011

Tema dan Persoalan

Tema:
Novel ini bertemakan pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan melalui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya, Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.


Persoalan:
1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Hal ini digambarkan melalui sikap Prof Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.
2. Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak.
Perkara ini terlihat melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.
3. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar.
Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.
4. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar.
Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.
5. Persoalan konflik keluarga.
Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya, iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadi perpecahan keluarga.
6. Persoalan ilmu perubatan tradisional.
Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya.
7. Persoalan integrasi kaum.
Hal ini dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dengan Jacinta yang berbangsa Cina.
**Dipetik daripada Nota Rujukan Komsas BPK.

1 ulasan:

Mahamad Nasir berkata...

Menurut penulisnya novel ini bertemakan kasih sayang.