TEMA
Novel ini bertemakan pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis dalam menghadapi desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak long yang terpaksa menanggung pembelajarannya. Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh. Selain itu, penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni juga dapat membuatkan Datin Maziah kembali pulih daripada menghadapi tekanan perasaan kerana Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
PERSOALAN
1. Pengorbanan dalam menempuh kehidupan
a. Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi
menggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan
sepupunya mendapat rawatan penyakit lumpuhnya sebagai balasan.
b. Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga di
kampung.
c. Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah
Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku
Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di
rumah itu.
2. Berani mengambil risiko
a. Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil risiko
dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
b. Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu, sekolah
baharu dan kawan-kawan yang baharu.
3. Kegigihan dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian
a. Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar dengan tujuan
untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.
b. Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih
bersikap optimis dan tidak berputus asa.
4. Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat
a. Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar kerana
tamakkan harta.
b. Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran kerana
Ekran berasal dari keluarga yang susah.
c. Sikap Laili yang sombong dan angkuh kerana berasal daripada keluarga yang kaya.
5. Berpegang kepada janji
a. Datuk Tengku Makmur tetap menunaikan janjinya untuk membayar ‘upah’ kepada
Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Murni.
b. Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos rawatan Zuraini.
c. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang kepada janji mereka 16 tahun yang
lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai menebus kesalahan
mereka.
19 ulasan:
salam buat cikgu...
memang best baca novel tu....
thx its helps me alot
where did cikgu get these from??
oxford? pelangi? or susbadi?
i haven have a komsas revision book yet
i wanna get one with the tema like this
help please
if examp went cumout tema dan persoalan thn we juz want to write tis only ? Novel ini bertemakan pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis dalam menghadapi desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak long yang terpaksa menanggung pembelajarannya. Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh. Selain itu, penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni juga dapat membuatkan Datin Maziah kembali pulih daripada menghadapi tekanan perasaan kerana Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
sgt membantu sy, lots of love :)
thank you so much cikgu.may Allah bless u..moga ny akan membantu saya untuk spm 2012...amin...hope cikgu sudi doakan saya...
faithfullywithlovefromthebottomofmyheart...
pelajar MARA JUNIOR SCIENCE COLLAGE ...
IMA(zizy_sahaira)nama samaran
Terima kasih.. kerna bgi inspirasi kpd sye buat persoalan
terima kasih ......ia amat berguna kepada saya...........
Thx A lottzzz...
trma ksh cgu...dgn adnya tema & persoaln nh sya sng wt keja2 yg ckgu sya bg tma ksh byk2
balas
assalamualaikum cikgu,leh saya menyalin tema dan persoalan ini cikgu untuk dijadikan bahan rujukan dalam kerja kursus saya...
sangat membantu saya dalam membuat rujukan.......:)
really helping me a lot in doing my homework
a pleasure thanks :)
-mjsc students , XOXO ^^
cikguu roosezahh , izinkan saya copy cikgu pnya nih yee.membantu sangat untuk exam saya
trma ksh, cikgu, sngt mmbn2 sy dlm ujian lsn
cikgu,kalau soalan ialah pertayaan tema bolehkah saya tuliskan isi-isi persoalan ?
terima kasih.......cikgu......sangat memebantu saya..dalam ujian....
ada persoalan ketabahan tak?
Sngat bagus tambahan pula kol 2 saya periksa bm k2
Sngat bagus tambahan pula kol 2 saya periksa bm k2
Catat Ulasan