Isnin, Februari 22, 2010

Azfa Hanani: Tema dan Persoalan

 TEMA
Novel ini bertemakan pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis dalam menghadapi desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak long yang terpaksa menanggung pembelajarannya. Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh. Selain itu, penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni juga dapat membuatkan Datin Maziah kembali pulih daripada menghadapi tekanan perasaan kerana Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.


PERSOALAN
1.             Pengorbanan dalam menempuh kehidupan
a.   Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi
menggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan
sepupunya mendapat rawatan penyakit lumpuhnya sebagai balasan.
b.   Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga di
kampung.
c.    Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah 
Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku
Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di
rumah itu.

2.             Berani mengambil risiko
         a.    Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil risiko
         dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
         b.  Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu, sekolah 
         baharu dan kawan-kawan yang baharu.

3.      Kegigihan dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian
         a.  Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar dengan tujuan  
         untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya. 
        b.    Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih
        bersikap optimis dan tidak berputus asa.

4.    Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat
       a. Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar kerana
       tamakkan harta.
       b.   Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran kerana
       Ekran berasal dari keluarga yang susah.
       c.    Sikap Laili yang sombong dan angkuh kerana berasal daripada keluarga yang kaya.

5.    Berpegang kepada janji
     a.    Datuk Tengku Makmur tetap menunaikan janjinya untuk membayar ‘upah’ kepada
      Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Murni.
     b.    Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos rawatan Zuraini.
     c.   Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang kepada janji mereka 16 tahun yang
     lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai menebus kesalahan
     mereka.

    19 ulasan:

    pak long berkata...

    salam buat cikgu...
    memang best baca novel tu....

    Tanpa Nama berkata...

    thx its helps me alot
    where did cikgu get these from??
    oxford? pelangi? or susbadi?
    i haven have a komsas revision book yet
    i wanna get one with the tema like this
    help please

    ıм'HuI berkata...

    if examp went cumout tema dan persoalan thn we juz want to write tis only ? Novel ini bertemakan pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis dalam menghadapi desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak long yang terpaksa menanggung pembelajarannya. Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh. Selain itu, penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni juga dapat membuatkan Datin Maziah kembali pulih daripada menghadapi tekanan perasaan kerana Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

    nur hanis berkata...

    sgt membantu sy, lots of love :)

    Unknown berkata...

    thank you so much cikgu.may Allah bless u..moga ny akan membantu saya untuk spm 2012...amin...hope cikgu sudi doakan saya...


    faithfullywithlovefromthebottomofmyheart...
    pelajar MARA JUNIOR SCIENCE COLLAGE ...
    IMA(zizy_sahaira)nama samaran

    TtroublEez berkata...

    Terima kasih.. kerna bgi inspirasi kpd sye buat persoalan

    Tanpa Nama berkata...

    terima kasih ......ia amat berguna kepada saya...........

    Tanpa Nama berkata...

    Thx A lottzzz...

    APIT KEDAH berkata...

    trma ksh cgu...dgn adnya tema & persoaln nh sya sng wt keja2 yg ckgu sya bg tma ksh byk2

    balas

    Tanpa Nama berkata...

    assalamualaikum cikgu,leh saya menyalin tema dan persoalan ini cikgu untuk dijadikan bahan rujukan dalam kerja kursus saya...

    Tanpa Nama berkata...

    sangat membantu saya dalam membuat rujukan.......:)

    Tanpa Nama berkata...

    really helping me a lot in doing my homework
    a pleasure thanks :)
    -mjsc students , XOXO ^^

    ..,.,.. berkata...

    cikguu roosezahh , izinkan saya copy cikgu pnya nih yee.membantu sangat untuk exam saya

    anie berkata...

    trma ksh, cikgu, sngt mmbn2 sy dlm ujian lsn

    CH berkata...

    cikgu,kalau soalan ialah pertayaan tema bolehkah saya tuliskan isi-isi persoalan ?

    Tanpa Nama berkata...

    terima kasih.......cikgu......sangat memebantu saya..dalam ujian....

    Tanpa Nama berkata...

    ada persoalan ketabahan tak?

    Unknown berkata...

    Sngat bagus tambahan pula kol 2 saya periksa bm k2

    Unknown berkata...

    Sngat bagus tambahan pula kol 2 saya periksa bm k2