Memaparkan catatan dengan label Ucapan dan doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan dan doa. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 01, 2010

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMA ADA DARI  BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.

Rabu, Ogos 11, 2010

Ramadan kembali lagi...


Selamat menjalani ibadah puasa buat muslimin serta muslimat. Semoga Ramadan kali ini membawa penuh keberkatan dalam hidup kita...

Sabtu, Julai 31, 2010

Peperiksaan Percubaan PMR 2010


Selamat menghadapi peperiksaan Percubaan PMR 2010 buat anak-anak SIGMA yang akan menduduki peperiksaan ini bermula daripada 2 Ogos hingga 6 Ogos. Cikgu doakan anda semua dapat menjawab dengan hati yang tenang dan bersedia. Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kalian...SELAMAT BERJUANG....

Ahad, Mei 16, 2010

Selamat Hari Guru...


Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik...semoga terus tabah dan cemerlang dalam usaha mendidik anak bangsa menjadi insan yang gemilang...GURU PEMBINA NEGARA BANGSA...

Khamis, November 12, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM 2009


Pada 18 November 2009, peperiksaan SPM 2009 akan bermula. Cikgu ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat semua pelajar cikgu. Cikgu doakan anda semua beroleh ketenangan untuk menjawab kertas-kertas peperiksaan anda. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang nanti. Selamat Maju Jaya....