Bab 7
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia yang mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk.Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional daripada datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu perubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.
Bab 8
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak, ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula, setelah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga ibu Lili terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk untuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba dipengaruhi penduduk kampung supaya tidak mempercayai perubatan tradisional di samping memujuknya supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.
Bab 9
Danel iaitu anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Di samping itu, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.
Bab 10
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengamal perubatan tradisional kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga yakin William tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk kampung termasuk William, malah berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual tanah mereka atau sebaliknya.
Bab 11
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Setelah selesai solat, datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung datuk menahan kesedihannya dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin untuk keluar tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan perwatakan ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh datuk jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang tidak diketahui oleh Lili.
Bab 12
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk kampung. Mereka masih tidak dapat memnuat keputusan sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama. Hal ini telah menyebabkan penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini berasal dari tanah Jawa Barat yang bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili ke bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan dianggap sebagai pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbang akan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah, Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan