Selasa, Januari 12, 2010

Bahasa Melayu PMR

Kertas Bahasa Melayu PMR

Kertas 1 : 40 soalan aneka pilihan yang mencakupi aspek morfologi, sintaksis, peribahasa, dan pemahaman komsas.

Kertas 2: terdiri daripada 4 soalan, iaitu:-

BAHAGIAN A i - Ringkasan Karangan
BAHAGIAN A ii – Pemahaman
BAHAGIAN B - Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
BAHAGIAN C - Karangan Respons Terbuka
Bahagian D - Pemahaman Novel

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A (i)Ringkasan Karangan

a.Cari sekurang-kurangnya lima (5) isi
b.Tulis semula isi-isi dalam satu perenggan
c.Sambungkan ayat-ayat menggunakan penanda wacana seperti:
- Selain itu
- Justeru
- Sehubungan dengan itu

d.Elakkan daripada menyalin terus daripada petikan
e.Elakkan menyalin isi secara terpilih

Pemarkahan Bahagian A (i)

ISI - 5 isi x 2m = 10 m
Bahasa = 10 m
Jumlah = 20 m

BAHAGIAN A (ii) (Pemahaman)

Soalan 1 : maksud kata/rangkai kata 2 markah

Maksud perlu tepat mengikut konteks dalam petikan dan ditulis dalam ayat gramatis

Soalan 2

Soalan pemahaman (isi tersurat berdasarkan petikan) 4 markah

2 isi (yang tepat dan ditulis dalam ayat yang lengkap dan gramatis )
x 2 markah = 4 markah

Teknik Menjawab Soalan 2

Jawapan ada dalam petikan yang diberi.
Berikan dua isi yang tepat.
Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis.

BAHAGIAN A (ii) (Pemahaman Kemahiran Berfikir)

Soalan 3
Soalan pemahaman (isi tersirat/isi berdasarkan pengetahuan luar yang berkaitan)
4 markah

TEKNIK MENJAWAB SOALAN 3

Jawapan TIADA dalam petikan yang diberi.
Berikan dua isi yang tepat.
Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis

BAHAGIAN B (Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan)

Markah penuh - 20 markah
Isi karangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi
Bahan rangsangan :
Gambar tunggal
Gambar bersiri
Iklan
Gambarajah

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B

Bahan rangsangan hanya sebagai alat pencetus idea / peta minda
Isi karangan boleh diambil daripada bahan rangsangan
Isi karangan boleh berdasarkan pengetahuan luar pelajar ( yang berkaitan)

BAHAGIAN C (Karangan Respon Terbuka)

Markah penuh - 40 markah
Karangan dinilai berdasarkan :
a) Penggunaan Bahasa
b) Idea / Isi
c) Pengolahan

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C

1. Baca soalan dengan teliti.
2. Pilih tajuk karangan yang benar-benar difahami.
3. Cadangan : Isi + huraian + contoh
4. Bilangan perkataan perlu lebih 180 patah perkataan.
5. Unsur keindahan bahasa perlu dimasukkan dalam karangan
6. Frasa menarik (FS) membantu meningkatkan markah

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN D (Pemahaman Novel)

Pilih novel yang benar-benar diketahui jalan ceritanya.

Nyatakan nama novel yang dipilih dalam jawapan.

Tulis jawapan dalam satu perenggan sahaja.

Ayat yang dibina mestilah gramatis.

Isi mestilah disertakan dengan huraian/contoh berdasarkan watak/peristiwa/latar (mana-mana yang berkaitan)

3 ulasan:

  1. bolehkah saya tanya tentang kesalahan tatabahasa?

    adakah ayat ini betul:
    Suhu tubuhnya meningkat dari 37 OC hingga 39 OC.

    BalasPadam
  2. cikgu..saya Benjamin isaac dari Tenom,sabah.saya calon pmr pada tahun ini..saya mempunyai masalah tentang menulis karangan bahasa melayu...boleh cikgu bagi tips atau penanda-penanda wacana yang boleh digunakan di dalam penulisan...?(raditzkeel@yahoo.com)

    BalasPadam
  3. boleh x cikgu letakkan jenis2 karangan dlm blog ini...

    BalasPadam